Monday, December 28, 2015

Kursus Pembuatan menggunakan Komposit dan Fiberglass, 28-29 Disember 2015 (Hari Pertama)

Pengenalan

Penggunaan bahan komposit pada masa kini semakin meluas di dalam pelbagai produk seperti barangan rumah, sukan, pengangkutan dan bangunan, marin, automotif, teknologi carigali sehinggalah kepada industri aeroangkasa.

Industri aeroangkasa seperti pembinaan struktur kapal terbang perlu mengambil kira banyak faktor seperti kekuatan bahan, struktur yang ringan dan boleh bertahan dalam keadaan persekitaran. Bahan komposit menjadi pilihan dalam industri ini kerana sifat-sifat bahannya yang mempunyai kelebihan nisbah kekuatan kepada berat dan daya tahan karat yang baik. Tambahan pula, bahan komposit ini boleh direkabentuk dengan pelbagai cara untuk memaksimakan kelebihannya.

Walaupun bahan komposit ini digunakan dalam industri berteknologi tinggi, proses pembuatan bahan komposit adalah sangat mudah sehingga diaplikasikan secara meluas juga dalam pembinaan dan baik pulih rumah dan bangunan, penghasilan perabot, alatan sukan dan sebagainya.

Kursus Satu Setengah hari ini akan merangkumi pendedahan kepada peserta berkenaan komposit dan fiberglass.  Sesi teori seperti pendedahan kepada bahan yang digunakan untuk aplikasi komposit dan fiberglass akan diadakan pada hari pertama. Seterusnya sesi praktikal akan dijalankan sehingga hari kedua dibantu oleh tenaga pengajar berpengalaman dari makmal tersebut.  Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan dengan bahan yang terlibat dalam komposit, langkah langkah keselamatan dan kesihatan, teknik dan aplikasi penggunaan fiberglass untuk pembuatan.

Kursus ini akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sesi teori dan praktikal. Peserta akan didedahkan kepada teknologi komposit, pengenalan kepada teknologi komposit, aplikasi pembuatan dan penggunaan komposit, dan keselamatan dan kesihatan dalam proses pembuatan komposit. Sesi teori akan diadakan di bilik kuliah manakala sesi praktikal akan dijalankan di dalam makmal komposit. Peserta juga akan membawa pulang produk yang telah dihasilkan daripada fiberglass.

Objektif

Antara objektif yang ingin dicapai dalam kursus ini ialah:

1.       Memberi pendedahan kepada staf akademik dan staf teknikal mengenai teori dan aplikasi bahan komposit    dalam pelbagai industri.
2.       Memberi pendedahan praktikal dalam pembuatan asas komposit (fiberglass) dalam menghasilkan produk.
Mengajar teknik dan kemahiran asas dalam pembuatan bahan komposit

Kandungan Kursus:

Pendedahan yang diberikan kepada peserta kursus adalah seperti berikut:
1.       Teori dan aplikasi komposit.
2.       Penyediaan dan pengiraan bahan dalam penghasilan produk daripada bahan komposit.
3.       Teknik ‘’wet hand lay-up’’ dalam pembuatan produk daripada bahan komposit.
Teknik ‘’de-moulding’’ hasil pembuatan produk daripada bahan komposit.

Lokasi

Makmal Komposit, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa

Impak Latihan

i.              Peserta akan memahami teori asas, kepentingan dan aplikasi bahan komposit.
ii.            Peserta akan didedahkan kepada pelbagai jenis bahan mentah dan bahan-bahan asas dalam pembuatan komposit.
iii.           Peserta akan didedahkan dengan pelbagai teknik pembuatan komposit dalam pelbagai bidang bermula daripada asas sehingga bahan komposit termaju yang diaplikasikan dalam bidang aeroangkasa.
iv.          Peserta akan memahami dan dapat melakukan langkah penghasilan pembuatan komposit bagi sesebuah produk.
Peserta boleh mendapatkan informasi mengenai kemudahan makmal komposit di Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa USM.


Sesi Teori 1 – Teori dan aplikasi komposit
Keselamatan dan kesihatan



































Sesi Praktikal 1
(Penyediaan bahan, pengiraan bahan untuk projek)
























































































































































































Sesi Praktikal 2

(Proses Penyediaan Mold)


























































































































No comments:

Post a Comment